Mufti: Umat Islam Boleh Ucap ‘Merry Christmas’
Tanggal 25 Disember adalah hari yang paling dinanti-nanti oleh penganut agama Kristian dimana mereka menyambut perayaan Hari Natal. Istimewanya di Malaysia, kita terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Boleh dikatakan semua perayaan besar kita raikan bersama-sama.
Namun, ramai yang menganggap ucapan ‘Merry Christmas’ kepada mereka yang meraikannya merupakan satu kesalahan di sisi agama Islam. Bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan, menjelaskan ianya bukan kesalahan bagi orang Islam untuk mengucapkan “Merry Christmas” kepada penganut Kristian
BACA: Ini Cara Bagaimana Guna Cuti MC Tahun Depan
Datuk Seri Zulkifli Mohamad berkata ungkapan itu bagi menzahirkan kegembiraan sambutan perayaannya tanpa memuliakan agama mereka.
Dengan syarat tidak memuliakan agama mereka
“Ianya sekadar ungkapan untuk menzahirkan kegembiraan sambutan itu. Golongan Muslim boleh mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada orang Kristian, dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya.
Tambahnya lagi, mengutus salam melalui kad, e-mel atau mesej teks kepada golongan bukan Islam semasa musim perayaan mereka adalah dibenarkan, selagi ucapan itu tidak memuliakan agama lain atau menggunakan simbol agama.
Jawapan Zulkifli itu selari dengan keputusan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2007 yang menyebut ucapan tersebut boleh dibuat.
“Penting untuk kita wujudkan kesedaran mengenai perkara ini agar tak timbul sebarang kekeliruan. Hiduplah secara harmoni bersama agama-agama lain,” katanya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- mStar