Seperti yang diketahui, mulai 1 Januari depan, potongan RM40 ke atas peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan melalui skim Potongan Gaji Berjadual (PGB). Menerusi skim tersebut, selepas ini peminjam tidak boleh ‘culas’ membayar balik pinjaman PTPTN.

Skim berkenaan seperti sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman PTPTN secara mandatori.

BACA: PTPTN : Mulai 2019, Potongan RM40 Bagi Gaji RM2,000

Dalam pada itu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada majikan untuk membuat potongan gaji mengikut peratus yang ditetapkan dalam skim PGB.

“PTPTN bekerjasama dengan agensi berkaitan antaranya LHDN, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Jabatan Imigresen untuk mendapat maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam.

Majikan diberi pelepasan cukai

Memetik laporan BH Online, Wan Saiful berkata, majikan yang melaksanakan skim tersebut dengan membantu pekerja membayar pinjaman PTPTN secara PGB akan diberi pelepasan cukai bagi jumlah yang dibayar.

Ujarnya lagi, kelayakan menikmati pelepasan itu merangkumi apa-apa bayaran balik sama ada dibayar secara ansuran setiap bulan atau bayaran sekali gus.

“Syaratnya, majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja selepas pembayaran dibuat.

“Majikan mungkin boleh menjadikan penyelesaian hutang PTPTN sebagai insentif kepada pekerja cemerlang atau insentif dalam merekrut pekerja baharu.

“Insentif ini boleh menjadi motivasi kepada pekerja dan pada waktu sama menaikkan reputasi majikan,” katanya.

Seramai 225,000 peminjam yang berpendapatan kurang RM2,000 akan menikmati pelepasan pembayaran pinjaman mengikut skim PGB sehingga gaji mereka melepasi RM2,000.

Kadar potongan gaji berjadual

Pelajar daripada golongan isi rumah B40 dan M40 yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam tahun 2019 layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman.

Selain itu, kerajaan turut bersetuju melupuskan baki hutang peminjam warga emas jika berpendapatan RM2,00 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga tahun sebelum mencecah umur 60 tahun.

Setakat ini PTPTN merekodkan seramai 2.9 juta peminjam dengan 1.4 juta dilaporkan masih culas membayar balik pinjaman masing-masing.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥