Semua premis makanan dan restoran di Selangor dilarang menyediakan penyedut minuman plastik kepada pelanggan berkuat kuasa 1 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata keputusan itu sebulat suara dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

BACA: Starbucks Bakal Haramkan Penyedut Minuman Tahun 2020

Malah, premis juga turut dilarang menyediakan penyedut minuman plastik di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan.

Bagaimanapun, penyedut minuman plastik hanya akan diberikan atas permintaan pelanggan untuk setiap minuman yang dipesan.

Dalam pada itu, setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan memasukkan larangan tersebut dalam Syarat Permohonan Lesen Perniagaan semasa pengusaha makanan mengemukakan permohonan baharu atau memperbaharui lesen perniagaan masing-masing.

Objektif utama pelaksanaan dasar ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran penduduk di Selangor tentang kesan jangka panjang penggunaan plastik.

Disamping itu, dapat membantu kerajaan mengawal masalah pencemaran alam sekitar yang semakin ketara dan menggalakkan usaha mengitar atau mengguna semula.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni