Setiap kali bercuti walaupun di mana sahaja, perkara paling penting yang perlu diutamakan adalah tempat penginapan. Kalau ikutkan ada je cara untuk berjimat antaranya menginap di hostel.

Baru-baru ini kecoh di media sosial seorang pengguna Facebook berkongsikan percutiannya bersama isteri dan anak kecil ke Eropah.

BACA: Dalam Dunia Ini, Orang Asia Paling Kerap Bercuti

Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki itu tidak menyediakan penginapan untuk keluarganya dan hanya tidur di tepi jalan sahaja.

Menerusi perkongsian lelaki itu, mereka hanya duduk dihotel selama sehari sahaja untuk mandi dan basuh baju, selebihnya mereka tinggal di jalanan kerana mahu berjimat.

Perkongsian lelaki itu dikecam teruk oleh netizen yang mengatakan tergamak dia membiarkan isteri bayi kecil tidur ditepi jalan.

Malah ramai yang kasihan dengan anaknya yang masih kecil dan isterinya yang mengalami sakit badan kerana tidur di tepi jalan.

Netizen turut mengecam tindakan lelaki itu yang tidak memikirkan keadaan keluarganya dan tidak memikirkan keselamatan anak isteri. Ramai netizen menyifatkan lelaki itu mementingkan diri sendiri dan ego sendiri.

Tidak kurang juga ramai yang meluahkan rasa kasihan dengan isteri dan bayi kecil berkenaan kerana mempunyai suami dan bapa seperti itu.

Difahamkan perkongsian lelaki itu telah dipadam susulan pelbagai kecaman diterima. Tiada salahnya untuk berjimat ketika bercuti, tetapi biarlah berpada-pada. Kalau nak bercuti ke luar negara biarlah mengikut kemampuan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉