“Nak Putih Macam-Mana Lagi, Pergi Telan Clorox”
Sekarang ni ramai gadis-gadis idamkan kulit putih melepak seperti orang Korea. Ada yang sanggup suntik dan telan macam-macam ubat untuk putihkan kulit.
Baru-baru ini, seorang Instafamous kongsikan gambar di Insta Story yang kemudiannya dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter.
BACA: Jurusolek Kongsi Tips Turun 16Kg, Kulit Cantik!
Menerusi Insta Story berkenaan, Instafamous itu mencabar dirinya untuk mendapatkan kulit satu kali ganda lebih putih dari sekarang sebelum raya nanti.
Apa yang menjadi bualan ialah gadis tersebut sudah pun memiliki kulit putih melepak dan ramai yang tidak faham mengapa nak jadi lebih putih lagi.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan kulit gadis tersebut sudah terlalu putih dan pucat seperti mayat.
Ada juga yang mengatakan kulit Instafamous tersebut tidaklah putih seperti di dalam gambar dan menggunakan aplikasi untuk edit gambar agar kelihatan putih memandangkan gadis tersebut menjual produk pemutih kulit.
Tak salah nak kulit putih, tapi jangan terlalu obses sehingga kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak kisah warna apa kulit kita, paling penting adalah hati kita.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas
- SUMBER
- Lobak Merah