Nampak Kereta Guna Lorong Kecemasan, Boleh Terus WhatsApp JPJ
Setiap kali musim perayaan, jalan raya sememangnya sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung. Kadang-kala, kesesakan jalan raya mengambil masa berjam-jam lamanya.
Seperti biasa, pasti akan ada pengguna jalan raya yang tidak bertangungjawab dan mementingkan diri sendiri dengan memandu di lorong kecemasan sesuka hati.
BACA: 4 Kali Gagal Ujian Memandu, Lelaki Acu Pisau Pada Pegawai JPJ
Tahukah anda, bahawa anda kini boleh terus berinteraksi dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi aplikasi WhatsApp. Jika ada kereta yang memandu di lorong kecemasan, anda boleh anda boleh laporkan secara terus.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ketika merasmikan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri Peringkat Kebangsaan 2019.
“Jika ada pemandu sengaja memandu di lorong kecemasan, kita mengalu-alukan orang ramai untuk salurkan aduan supaya tindakan dapat diambil,” katanya menerusi BH Online.
Anda boleh membuat laporan dengan menghantar bukti gambar, nombor pendaftaran kereta, tarikh, masa beserta lokasi kejadian ke nombor hotline JPJ di 013-4498997.
Selain kesalahan menggunakan lorong kecemasan, anda juga boleh melaporkan pelbagai kesalahan lain antaranya memotong barisan, melanggar lampu isyarat dan lain-lain lagi.
Namun perlu diingatkan, orang ramai tiada hak untuk mengambil tindakan sendiri dan perlu menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Astro Gempak