Nasi Lemak Percuma Tiap Jumaat
Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi umat Islam. Justeru itu, ramai yang mengambil peluang ini dengan bersedekah sambil beribadah pada hari Jumaat seperti apa yang dilakukan oleh Ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Maasumiah, Sabak Bernam yang bersedekah nasi lemak setiap hari Jumaat.
BACA: Nasi Lemak Lobster Gegarkan Singapura
Program yang baru dilaksanakan pada Jumaat lepas dibuat di hadapan Masjid Maasumiah untuk penduduk Kampung Sungai Tengar Utara, Sungai Air Tawar. Malah, puluhan bungkus nasi lemak percuma itu habis dalam tempoh yang singkat selepas diletakkan pada pukul 7.30 pagi.
AJK masjid, Mohd Hafizuddin Md Sahar, 32 tahun, berkata bahawa program itu bertujuan untuk membantu orang yang tidak berkemampuan serta penduduk setempat yang tidak sempat bersarapan kerana terpaksa mula kerja awal.
“Melalui program seumpama ini, ia mengukuhkan lagi silaturahim antara AJK masjid dengan penduduk setempat, sekali gus menggalakkan tuntutan solat berjemaah,” katanya.
“Masjid ini dipilih sebagai lokasi mengagihkan nasi lemak kerana ia berada di laluan utama penduduk,” sambungnya.
Menurutnya, pihak masjid turut berbesar hati jika ada pihak yang sudi menyumbang ikhlas untuk menyokong program berkenaan.
“Jumaat dipilih kerana ramai penduduk melalui laluan berkenaan, selain hari mulia bagi umat Islam,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
Semoga pihak yang menganjurkan program murni ini diberikan rezeki luas supaya dapat membantu lebih ramai yang memerlukan melalui program sebegini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
“Sambal Dia Ada Rasa Manis Bawang”
- SUMBER
- HARIAN METRO