Biasanya jika ada yang meminta derma pasti ada yang menjual tisu, potongan ayat al-Quran, tasbih dan sebagainya. Namun, terdapat modus operandi berbeza apabila beberapa orang meminta derma dengan menjual satu kotak muffin berharga RM10.

BACA: Hanis Zalikha Kongsi Resepi Butter Prawn

Gambar sekadar hiasan

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Adiq Hasriza menceritakan pengalamannya didatangi seorang peminta derma dengan menjual muffin.

Ketika kejadian, dia didatangi oleh seorang lelaki semasa menunggu makanannya sampai di kedai Nasi Ayam Gemas di Cheng, Melaka.

Lelaki tersebut datang kepadanya dan menghulur sebuah kad kecil yang menyatakan dia menjual muffin untuk menanggung pengajian adiknya.

Sumber dari worldofbuzz.com

Selepas itu, Hasriza membeli sekotak muffin tersebut namun dia berasa tidak sedap hati apabila sudah sampai di rumahnya.

Rupa-rupanya lelaki tersebut berasal dari Filipina walaupun dia kelihatan seperti orang Melayu apabila Hasriza membuat carian di laman web Google.

“Kalau korang jumpa manusia ni baik lelaki atau perempuan, tak payah beli muffin ni. Muffin memang lain macam. Baca dari yang kata ada letak bahan yang umat Islam tak boleh makan,” katanya.

“Ada kata jualan untuk gereja diorang. Tapi tak tahu dah ragu-ragu kan. Memang lelaki tu tak cakap bagi kad je dan bagi kotak muffin,” tambahnya lagi.

Kesimpulannya, jangan cepat percaya orang dan sentiasa berhati-hati ketika berurusan dengan orang yang tidak dikenali serta elakkan makan makanan yang tidak diketahui sumber jika anda berasa ragu-ragu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

TerjahFoodtruck: Foodtruck Jual Dessert Padu?