Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaporkan Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perlis mendahului senarai penyalahguna dan penagih dadah paling ramai mengikut nisbah jumlah penduduk di negeri itu.

Menurut laporan Berita Harian, Pahang merekodkan seramai 16,150 penagih dadah diikuti, Kelantan (16,918 penagih), Terengganu (10,576 penagih) dan Perlis (2,123 penagih). Perkara itu didedahkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang (JPU) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

BACA: Surau Jadi Tempat Bungkus Dadah

Katanya lagi, Negeri Sembilan di kedudukan kelima dengan 7,503 penagih diikuti, Pulau Pinang (9,684 penagih); Melaka (4,140 penagih); Kedah (9,691 penagih); Johor (13,003 penagih); Perak (8,596 ); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (8,270 penagih); Sabah (9,513 penagih); Selangor (13,123 penagih) dan Sarawak (4,414 penagih).

Bangsa Melayu catat paling ramai

Golongan belia mencatatkan jumlah penagih paling ramai iaitu 80,598 orang penagih atau 73.4 peratus adalah dalam kalangan belia berusia antara 19 hingga 39 tahun, 26,197 penagih pula adalah golongan dewasa berusia antara 40 tahun ke atas dan 3,043 penagih pula adalah remaja (13 hingga 18 tahun).

Bangsa Melayu mendahului senarai penagih dadah paling ramai iaitu seramai 88,522 penagih (80.6 peratus) diikuti Cina (7,883 penagih); India (7,689 penagih); Pribumi Sabah (4,274 penagih) dan Pribumi Sarawak (713 penagih).

Muhyiddin berkata lagi, secara keseluruhan, jumlah penyalahguna dan penagih dadah di seluruh negara sejak 2014 hingga September 2018 adalah seramai 133,684 orang iaitu sekitar 0.40 peratus berbanding jumlah penduduk di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Masuk Islam Sebab Azan
Khatib Tertinggal Rukun Khutbah, Solat Jumaat Tak Sah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥