Netizen Geleng Kepala Tengok Ahli Law Of The Jungle Potong Durian
Sebut saja durian sememangnya ramai yang menggemari rasanya. Siapa yang boleh menolak rasa buah durian yang lemak manis. Tetapi ada yang tidak gemarkan rasanya kerana baunya yang dikatakan busuk.
Buah durian juga sangat istimewa sehinggakan cara untuk membukanya juga tidak boleh potong sesuka hati. Baru-baru ini tular mengenai satu sedutan rancangan popular Korea, ‘Law Of The Jungle’ di mana mereka berpeluang untuk merasai raja segala buah itu.
Netizen turut berkongsikan sedutan tersebut di Twitter dimana selebriti terlibat pelik melihat buat tersebut. Lebih kelakar, mereka melakukan aksi yang tidak pernah dibuat orang dengan memanjat pokok durian untuk menghidu bau buah.
tak pernah dibuat org panjat pokok durian pic.twitter.com/50gGXjCbPl
— Ifh. (@_nuruliffahh) October 3, 2019
Apa yang menjadi bualan ramai adalah cara mereka memotong buah durian tersebut yang membuatkan netizen geleng kepala.
Weii tengok dia potong durian macam mana hahaha.
Law of the jungle my fav show. pic.twitter.com/HmVLdIEfKM
— CRAFYNN (@Tumblrshopmy) October 2, 2019
Malah ada yang dikalangan bukan peminat durian turut terkesima dengan tindakan mereka.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka memotong buah durian tersebut seperti buah cempedak yang pernah tular sebelum ini.
Bagaimanapun ada yang mengatakan orang Korea sememangnya tidak pernah melihat pokok durian dan sekurang-kurangnya mereka sukakan rasa buah durian.