Ini bukan kali pertama buah buahan tempatan kita dimakan atau dipotong dengan cara yang salah. Sebelum ini, memang geleng kepala tengok ahli Law Of The Jungle’ potong buah durian.

Nampaknya, kali ini melibatkan buah rambutan pula. Kebiasannya buka buah durian pakai tangan sahaja, namun berbeza dengan seorang personaliti TikTok, Gavin Smith ini yang mengupas kulit buah rambutan menggunakan peeler atau pengupas buah.

BACA: Netizen Geleng Kepala Tengok Ahli Law Of The Jungle Potong Durian

Seperti sudah dijangka video tersebut tular di media sosial dan rata-rata netizen terhibur dengan cara lelaki itu mengupas rambutan. Menerusi video tersebut, lelaki itu turut pelik melihat rupa bentuk buah tersebut dan memikirkan cara untuk mengupasnya.

Lebih menjadi perhatian apabila dia cuba mengupas buah tersebut dengan mencukur ‘rambut’ buah tersebut menggunakan peeler terlebih dahulu. Kemudian barulah menggunakan pisau untuk memotong kulitnya.

Netizen yang terhibur dengan video tersebut mengatakan mungkin selepas ini kita perlu buat video tutorial cara untuk mengupas buah-buahan tempatan untuk mereka.

Rasanya memang orang luar terutamanya ‘mat saleh’ pelik dengan buah rambutan. Malah sebelum ini buah rambutan dipanggil sebagai ‘buah alien’ dalam satu babak drama siri Netflix.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥