Kebanyakan gaya pakaian sekarang bercirikan pemakaian zaman dulu yang telah diberi ‘nafas baru’ oleh pereka pakaian zaman ini.

Antaranya ialah jenama pakaian terkenal, Zara mengeluarkan gaya skirt terbaru mereka yang kelihatan seperti kain sarung dipakai oleh warga lelaki Asia.

BACA: Nurse Dikecam Selfie Dengan Pesakit Sedang Nazak

Sumber dari terbakor.com

Menurut Zara, rekaan terbaru ‘mini skirt bercorak petak’ itu mempunyai perincian di bahagian depan manakala di bahagian belakang mempunyai zip yang tersembunyi di sepanjang jahitan.

Skirt yang menggunakan bahan material poliester dan viscose itu dijual pada harga kira-kira £70 (RM387) satu.

Berikutan keluaran terbaru itu, orang Asia tidak berpuas hati dan mengecam rekaan skirt yang dianggap meniru kain sarung yang dipakai oleh kebanyakan orang Asia.

Sumber dari terbakor.com

Malah, ada yang meluahkan kemarahan kerana jenama antarabangsa itu tidak memberi penghargaan atau rujukan mengenai sejarah kain sarung yang sebenar.

Bukan itu saja, kebanyakan yang marah turut mempertikaikan harga skirt itu agak mahal daripada harga asal kain sarung tersebut.

Mungkin Zara mendapat inspirasi daripada kain sarung dan tidak sangka ia mendapat perhatian sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dikecam Kerana Guna Perkataan ‘Dara’
Panggilan Prank Dikecam, Hot FM Mohon Maaf

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Nasi Arab Bayar Seikhlas Hati?