Otak-otak adalah makanan yang tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Ia boleh kita jumpa di pasar malam atau di warung tepi jalan.

Jika di Malaysia, otak-otak sangat popular di Terengganu, Pahang dan Johor. Untuk pengetahuan anda otak-otak juga popular di Indonesia, terutamanya di Sulawesi. Begitu juga di Singapura di mana ia dipanggil sebagai otah-otah, otah atau otak.

Ia kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan. Tahukah anda otak-otak telah disenaraikan sebagai 11 makanan terpedas di dunia oleh sebuah akhbar di Amerika iaitu Lost Angelas Times.

Otak-otak tersenarai bersama Kimchi dan juga Tom Yam

Otak-otak dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan.

Campuran ini kemudian dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar atau dikukus. Jika dibungkus dengan daun pisang, ia dikenali sebagai pais.

Walaupun otak-otak ikan paling biasa, terdapat juga otak-otak yang diperbuat daripada udang, menghasilkan tekstur yang lebih pelbagai. Di Muar, terdapat juga otak-otak dari sotong, kepala ikan dan juga ayam.

Sebuah portal dari luar negara iaitu ‘INSIDER’ telah menyenaraikan otak-otak antara 11 jenis makanan terpedas di dunia.

Laporan yang bertarikh 26 April 2017 itu antara lain turut menyenaraikan masakan Asia seperti Kimchi dan Tom Yam sebagai makanan terpedas di dunia.

Dalam laporan itu ‘INSIDER’ mengatakan otak-otak dari Malaysia dan Indonesia mengandungi bahan asas yang berbeza dan mengganggap otak-otak adalah makanan yang diperbuat daripada otak yang sebenar.

Walaupun penyenaraian ini agak pelik kerana otak-otak bukanlah sejenis makanan yang terlalu pedas bagi kita yang sudah terbiasa dengan makanan pedas.

Namun bagi ‘lidah’ orang barat sudah semestinya mereka merasakan otak-otak sejenis makanan yang agak pedas. Namun penyenaraian ini patut kita banggakan kerana makanan kita sudah mula digemari oleh penduduk dunia.

Cara pembutan otak-otak adalah berbeza di sesetengah daerah

Umum mengetahui di Malaysia terdapat pelbagai jenis otak-otak yang dihasilkan dari daerah yang berlainan. Otak-otak nyonya yang berasal dari Peranakan banyak terdapat di negeri utara Malaysia seperti Pulau Pinang. Otak-otak jenis ini dikukus dalam daun pandan.

Bagaimanapun, otak-otak di sebelah pantai timur dan selatan Malaysia begitu juga di Singapura, ia lazimnya dibalut berbentuk kepingan kecil dalam daun kelapa atau pisang kemudian dipanggang.

Ia menghasilkan otak-otak yang berwarna kuning bata, lebih kering dengan mempunyai aroma bau asap ikan.

Sungguhpun secara tradisi otak-otak dihasilkan menggunakan isi ikan, versi moden turut menggunakan isi ketam dan udang.

Selain itu juga, versi moden turut menggunakan isi ikan yang dihancurkan dan dicampur dengan bahan tambahan seperti tepong kanji yang menjadikan isinya bergetah.

Jenis lain otak-otak termasuk hidangan yang dikenali sebagai pais ikan dan satar yang dihasilkan dari pasta ikan yang dimasak dalam bungkusan daun pisang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Menangis Makan Spaghetti Masak Lemak Cili Padi Berapi

Sumber: Thisisinsider.com