Pak Cik Disindir Jadi Pembeli Pertama iPhone 11, Rupanya Seorang Doktor
Pasti umum mengetahui iPhone 11 baru saja memasuki pasaran Malaysia beberapa hari lalu. Memang fikir 10 kali kalau nak beli telefon pintar terbaru keluaran Apple ini.
Namun, ramai yang kurang senang melihat seorang ‘pak cik’ ini yang merupakan pembeli pertama iPhone 11 di sebuah kedai telefon di Kota Bharu, Kelantan.
BACA: Kajian: Rakyat Malaysia Perlu Sebulan Gaji Beli iPhone 11
Our first and 2nd customers for the brand new iPhone 11 Pro Max and iPhone 11 Pro at Switch Kota Bharu Trade Centre 🥳 @XavierNaxa pic.twitter.com/dvaK8vEhCs
— Switch Apple Mac (@SwitchTM) September 27, 2019
Ramai rupanya netizen yang ‘iri hati’ sehingga ada yang memberikan komen sindirin meminta ‘pak cik’ tersebut menggunakan wang tersebut untuk menunaikan umrah daripada membeli iPhone 11.
Tweet tersebut tular dan mendapat perhatian beberapa netizen yang mengatakan bahawa pak cik tersebut bukan calang-calang orang dan merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta di Kelantan.
Menurut seorang netizen yang mengenali ‘pak cik’ tersebut mendedahkan dia seorang doktor yang sangat merendah diri dan baik hati. Malah, ramai netizen lain turut memuji menyanjungi sikap ‘pak cik’ tersebut yang sangat menjaga kebajikan pesakitnya.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan anak-anaknya semuanya bergelar Alhafiz dan Alhafizah malah ada yang belajar menyambung pengajian dalam perubatan.
Dalam pada itu, ada netizen meluahkan rasa menyampah dengan sikap segelintir netizen yang busuk hati sehingga tidak boleh melihat orang lain lebih daripada mereka. Malah, turut menyifatkan mereka yang busuk hati sebenarnya miskin.
Rezeki setiap manusia itu berbeza-beza, rasanya tak patut ada rasa iri hati atau dengki dengan kemewahan orang lain. Lebih baik jika kita jadikan kemewahan seseorang itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya seperti mereka.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram