Kalau ikutkan banyak persamaan antara Malaysia dengan negara jiran kita iaitu Indonesia dari segi makanan dan juga bahasa. Tetapi apa yang sering menjadi isu adalah trend ‘claim’ yang sering dilakukan oleh rakyat Indonesia.

Nampaknya kali ini, rakyat Indonesia kembali lagi dengan isu ‘claim’ mereka dengan mengatakan pakaian tradisional kaum Dayak dikatakan berasal dari negara mereka.

BACA: “Dapat Udara Bagus Dari Indonesia, Malaysia Tak Pernah Berterima Kasih”

Perkara itu ditimbulkan apabila seorang peserta dari Malaysia memperagakan pakaian tradisional Sarawak itu dalam pertandingan antarabangsa Mister Global 2019.

Posted by Missosology – Male Pageants on Rabu, 25 September 2019

Seperti sudah dijangka berlaku perbalahan di antara netizen Malaysia dan Indonesia. Dalam pada itu, ada yang mengatakan meskipun ada kaum Iban di Indonesia namun populasi terbesar adalah di Malaysia.

Malah, ada yang mengaitkan dengan isu jerebu baru-baru ini dengan menyindir rakyat Indonesia mengapa mereka tidak ‘claim’ jerebu teruk yang terjadi di Malaysia.

Tidak kurang juga ada yang menjelaskan kaum Dayak berasal dari Borneo dan berada di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Kalau dah begini keadaannya, rasanya tiada isu siapa tiru siapa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?