Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk jalan pintas tanpa tahu bahaya akan menimpa.

Di zaman teknologi serba canggih dan semuanya dihujung jari, ramai yang tidak lokek untuk kongsikan tips mereka menguruskan badan.

BACA: Turun 12 Kg Dalam 79 Hari, Hanya Amalkan Diet Suku Suku Separuh

Malah, sudah ada bermacam-macam jenis diet dan antara yang popular adalah diet Atkins, intermittent fasting (IF), suku-suku separuh, dan Keto Diet.

Namun antara yang menjadi pilihan ramai adalah diet Atkins dimana seseorang itu tidak makan makanan tinggi karbohidrat dan akan menggantikannya dengan makanan tinggi protein dan lemak.

Tetapi ramai tidak tahu bahawa diet seperti ini boleh menjejaskan kesihatan anda dimasa akan datang. Seorang pakar diet, Jazeera Julaili mendedahkan jenis-jenis diet dan kesan sampingannya.

Lebih mengejutkan diet Atkins sangatlah tidak digalakkkan kerana ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Menurutnya, diet Atkins membuatkan buah pinggan bekerja lebih kuat untuk untuk menapis protein dan lemak yang dihasilkan.

Meskipun badan mempunyai air namun ianya tidak cukup untuk menampung ‘kerja keras’ buah pinggang yang akhirnya, terhasil ketone bodies dan paras asid uric pun meningkat.

Fakta mengenai diet Atkins

Dalam pada itu, Jazeera turut menjelaskan secara lebih terperinci fakta mengenai diet atkins, ketogenic dan intermittent fasting (IF). Menurutnya, diet Atkins adalah terapi diet perubatan dan ianya untuk kanak-kanak yang mengalami epilepsy.

Ujarnya lagi, diet Atkins tidak sesuai untuk orang biasa. Pada peringkat awal karbohidrat akan dikurangkan sehingga memaksa badan menggunakan lemak untuk menghasilkan tenaga.

Malah, ia boleh mengundang risiko kanser usus dan penyakit buah pinggang. Untuk pesakit epilepsi sendiri, mereka akan diberikan suplemen untuk mengelakkan osteoporosis.

Ketogenic diet

Dalam pada itu, Ketogenic diet juga tiada banyak beza dengan diet Atkins. Tujuannya masih sama namun ia untuk kanak-kanak bahawa usia 2 tahun yang menghidap epilepsy.

Diet ini juga tidak sesuai diamalkan kerana melibatkan pengambilan lemak tinggi dan kurang kalori boleh menggalakkan penghasilan ketosis.  Malah, karbohidrat yang rendah di dalam badan akan memaksa pembakaran lemak untuk menyelamatkan keadaan.

Intermittent fasting (IF)

Untuk intermittent fasting (IF) pula masih tiada kajian kajian terperinci berkenaan diet ini sama ada ianya memberi kesan sampingan kepada badan ataupun tidak.

Malah, beliau bertanyakan sampai bila kita larat nak buat intermittent fasting (IF), adakah kita nak buat intermittent fasting (IF) sampai bila-bila?

Bagaimanapun, penurunan berat badan secara mendadak pastinya mempunyai kesan sampingan yang tidak diketahui.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan untuk mengamalkan kaedah suku-suku separuh kerana sukatannya seimbang merangkumi karbohidrat, protein dan serat di dalam satu pinggan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱