Mesti ramai diantara anda yang sukakan makanan berasaskan telur setiap kali sarapan. Kalau di Malaysia, sudah tentu roti telur goyang menjadi pilihan.

Namun tahukah anda, telur mentah dan telur separuh masak sebenarnya tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak dibawah usia lima tahun, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imunisasi lemah terumatanya ibu hamil.

BACA: Apam Telur Goyang RM1 Kini Laku Gila!

Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Imelda Balchin mendedahkan dua sebab makanan tersebut patut dielakkan oleh golongan berkenaan.

Dari segi khasiat, protein telur mentah tidak boleh dihadam sepenuhnya. Telur mentah juga merupakan pembawa kuman bakteria Salmonella.

Gambar Hiasan

“Apabila kita makan telur masak, 90% protein boleh dihadam oleh usus manusia, tetapi apabila kita makan telur mentah hanya 50% daripada protein telur mentah boleh dihadam. Dari segi khasiat, telur mentah itu tak elok untuk kita.

“Bakteria Salmonella didapati dari usus dan tahi ayam. Ia boleh masuk ke dalam telur semasa ayam bertelur dan sebelum kulit telur menjadi keras,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Jelasnya lagi, telur mentah sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk bagi menghalang pembiakan bakteria Salmonella.

Bakteria Salmonella boleh menjadi penyakit serius, keracunan dan menyebabkan keguguran atau kematian janin.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Apa Rasa Bebola Nasi Goreng Mazirah Buat Ni?!!