Parah Dipukul Bapa Dengan Tukul Kerana Belum Dapat Kerja
Semalam, tular mengenai berita di mana seorang bapa bertindak menghentak anak perempuannya dengan menggunakan tukul pemecah dinding. Kejadian di dolaporkan berlaku di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, dekat Parit Buntar.
Memetik laporan Harian Metro, ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada Hospital Parit Buntar memaklumkan wanita berusia 24 tahun itu dipukul ketika mangsa sedang membaca Al-Quran.
BACA: “Kerja Ini Untuk Mereka Tak Rajin Belajar, Bekas Banduan”
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang semalam ketika bapa mangsa yang berkerja sebagai tukang rumah dikatakan baru pulang dari berkerja.
“Ketika kejadian, mangsa sedang membaca al-Quran sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak memukul mangsa di kepala menggunakan tukul pemecah dinding.
Menurut laporan itu lagi, bapanya, 58 tahun, yang kesal dengan kejadian tersebut bertindak mencederakan dirinya dengan menghentak kepalanya pada dinding.
“Akibat kejadian itu, mangsa parah manakala bapanya yang dipercayai menyesal dengan kejadian itu bertindak menghentak kepalanya pada dinding rumah dan menerima lima jahitan di kepala.
“Suspek juga mengalami keretakan pada tulang tapak tangan kiri akibat tindakan mencederakan dirinya sendiri,” katanya
Siasatan pihak polis mendapati, punca kejadian dipercayai bapa mangsa bertindak demikian kerana mangsa belum menerima pekerjaan selepas mendapat ijazah dalam perakaunan.
Mangsa yang parah menerima rawatan di Hospital Taiping dan kini dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berikutan kecederaan serius dialami. Polis menahan bapa mangsa ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Harian Metro