Cukai Good & Services Tax (GST) telah diperkenalkan di negara ini sejak 1 April 2015 yang lalu. Sejak GST diperkenalkan, ramai yang mengeluh kerana kenaikan harga barang serta servis di restoran dan sebagainya membebankan mereka.

BACA: JAKIM: Minuman Fanta Ada Sijil Halal

Sumber dari gst-m.blogspot.my

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, cara pembayaran cukai tersebut bercanggah dengan agama Islam dan hukumnya adalah haram.

“Ini kerana GST dikenakan kepada semua rakyat termasuk orang miskin atas perbelanjaan mereka. Kerajaan sepatutnya mengenakan cukai kepada kelompok kaya melalui sumber seperti, cukai simpanan korporat dan cukai atas keuntungan jual beli saham di bursa saham. Ini antara cukai yang harus dikenakan kepada golongan berada,” ujarnya.

Jelasnya, cukai alternatif ini adalah kewajipan bagi orang kaya menolong golongan miskin dan cukai sebegini bersesuaian dengan kaedah percukaian dalam agama Islam.

“Tuntutan lain termasuk utamakan membasmi ekonomi berasaskan riba, sosial wakaf sedekah diperkasakan, hasil tadbir urus cemerlang untuk diagihkan kepada yang memerlukan serta wujudkan pasaran beretika,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.

Memang agak sukar untuk bertahan di dalam ekonomi yang tidak menentu ini lebih-lebih lagi jika ada terlalu banyak cukai yang dikenakan terhadap rakyat.

Semoga kerajaan dapat mengurangkan kadar cukai supaya golongan tidak berkemampuan dapat hidup dengan lebih tenang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Sambal Dia Ada Rasa Manis Bawang”