Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu merupakan sejarah baru buat Malaysia apabila Pakatan Harapan menang dan membentuk kerajaan pusat, sekaligus menumbangkan Barisan Nasional.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah melihat ada hikmah tersendiri buat parti itu apabila Pakatan Harapan (HARAPAN) menang.

BACA: PAS Titiwangsa Mahu Pindahkan Zouk Jika Menang

Menurut Mohd Ammar, HARAPAN kini mewarisi hutang negara yang sangat besar dan beliau mahu PAS mengambil alih kerajaan selepas kerajaan baru selesaikan masalah tersebut.

“Tak boleh memerintah Malaysia (pada masa ini) sebab hutang banyak. Ambillah dulu, lima tahun lagi (pada PRU akan datang) kita ambil Malaysia,” katanya menerusi video berdurasi kira-kira sepuluh minit yang dimuat naik di Youtube.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu turut menyamakan keadaan sekarang ketika Umno merampas negeri itu pada 1978, hanya untuk sekali lagi tewas pada 1990.

“Kita kalah pada 1978, memang kita sedih…tetapi kita biarkan orang lain perintah 12 tahun, dia buat pembangunan, bina pejabat. Apabila semua siap, kita ambil balik,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi, PAS perlulah menunjukkan prestasi yang baik dan kekal memperjuangkan Islam untuk memperoleh kejayaan itu dalam lima tahun lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MISI 24 JAM DALAM KAWALAN ANDA!!! 🔥🔥🔥