Pasangan Lesbian Disebat Di Terengganu, 100 Orang Jadi Saksi
April lalu, dua wanita ditangkap dan didakwa cuba melakukan hubungan sejenis di dalam kereta di Dataran Arena Square, Dungun. Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman denda RM3,300 dan enam sebatan terhadap dua wanita pada 28 Ogos lalu namun terpaksa ditangguhkan.
Bagaimanapun, hukuman sebat itu dijalankan hari ini disaksikan kira-kira 100 orang. Hukuman sebatan di khalayak umum yang dilaksanakan hari ini adalah yang pertama kali dilakukan di Terengganu.
BACA: Terengganu Bakal Anjurkan Kursus Kesedaran Pondan
Terdahulu, wanita berusia 22 dan 32 tahun, yang didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah, mengaku salah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Kedua-dua pesalah menjalani hukuman sebatan enam kali seorang di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd; Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu, Rosdi Harun; dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail pada 10.10 pagi.
Turut hadir bagi menyaksikan hukuman adalah ahli keluarga pesalah, wakil badan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media.
Selain itu, turut menyaksikan hukuman adalah Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim.
ARTIKEL BERKAITAN:
Israel Beri Nama Stesen Kereta Api Donald Trump
Meninggal Dunia Kerana Nyanyi Lagu Nada Tinggi?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Yang Best Di Sungai Petani?
- SUMBER
- Oh Bulan