Semalam tular di media sosial apabila satu laporan polis dibuat berhubung sepasang ibu bapa warga China bertindak melarikan anak lelaki mereka selepas dikesan mempunyai gejala coronavirus.

Difahamkan, anak kepada pasangan tersebut berusia dua tahun mempunyai gejala coronavirus dinasihatkan untuk dikuarantin, bagaimanapun, ibu bapanya enggan dan membawa anak mereka keluar kerana mahu menaiki penerbangan ke China yang dijadual jam 9.55 malam tadi.

BACA: KKM Sahkan Tiga Warga China Datang Ke Malaysia Positif Coronavirus

Bagaimanapun, laporan Astro Awani memberitahu pihak berkuasa telah berjaya menahan semula tiga beranak itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai malam tadi.

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata ketiga-tiga mereka telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk tindakan lanjut.

Jumaat lalu, kanak-kanak lelaki warga China berusia dua tahun yang mempunyai simptom koronavirus dipercayai dibawa keluar dari sebuah hospital di Johor Bahru oleh ibu bapanya.

Sumber berkata, seorang doktor berusia 26 tahun menerima kanak-kanak berkenaan sebagai pesakit di sebuah hospital awam di Johor Bahru pada jam 10.18 malam kelmarin.

Menurut surat rujukan doktor itu, pesakit mempunyai demam, batuk dan demam kejung yang tidak diakui oleh ibu bapanya. Pemeriksaan dilakukan mengesahkan pesakit mempunyai demam virus yang dipercayai koronavirus.