Setiap kali ke kedai mamak, tak sah rasanya kalau tak pekena nasi kandar. Paling penting kena ada ayam goreng mamak. Ayam goreng mamak ni memang lain dari yang lain. Tengok warna oreng terang kulit ayam tersebut memang menggoda betul.

Walaupun sudah ada beberapa kes dilaporkan mengenai tahap kebersihan kedai mamak yang kurang memuaskan, tapi ia tetap menjadi kunjungan orang ramai.

BACA: Resepi Ayam Goreng Ketagih Ala-Ala Kedai Mamak

Namun baru-baru ini, terbongkar pula rahsia penggunaan pewarna yang tidak dibenarkan pada ayam goreng yang dijual di kedai mamak. Kalau anda lihat, warna ayam goreng mamak kelihatan sangat cantik.

Pewarna bukan untuk makanan itu digunakan supaya ayam goreng kelihatan menarik. Lebih mengejutkan, ianya boleh menyebabkan kanser.

Rata-rata yang membaca perkongsian tersebut meluahkan rasa terkejut kerana boleh dikatakan rata-rata rakyat Malaysia memang gemarkan ayam goreng mamak.

Tidak kurang juga ada netizen yang ingin memboikot untuk makan lagi di kedai mamak kerana bukan saja kotor tetapi mungkin mereka menggunakan bahan terlarang untuk menarik perhatian pelanggan.

Kalau boleh berhati-hatilah memilih kedai makan atau makanan yang dijual. Peniaga sekarang ni sanggup buat apa saja untuk dapatkan keuntungan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?