PDRM Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Sempena Krismas
Berita baik buat semua pengguna jalan raya, Bbersempena dengan perayaan Hari Krismas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan sehingga 50 peratus untuk pelbagai jenis saman trafik.
Bermula daripada 24 hingga 26 Disember ini, anda boleh membuat pembayaran bermula jam 8.30 pagi sehingga 4 petang di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H. S. Lee, Kuala Lumpur.
BACA: Tiada Saman 6 Bulan Pertama Jika Gagal Gunakan Kerusi Kanak-kanak
❗❗HEBAHAN: DISKAUN SAMAN 50% SEMPENA PERAYAAN KRISMAS 2019❗❗Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala…
โพสต์โดย Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) เมื่อ วันพฤหัสบดีที่ 12 ธันวาคม 2019
Semua saman layak mendapat diskaun kecuali saman-saman berikut:
1. Saman Kemalangan
2. Saman Berstatus NC (No Compoundable)
3. Saman Berstatus Waran Tahun Semasa
4. Saman Dalam Perbicaraan
5. Saman Ops Selamat Tahun Semas
6. Saman Berstatus Mahkamah & Saman Berkaitan Lori
Orang ramai atau pengguna jalan raya yang mempunyai saman tertunggak boleh mengambil peluang ini untuk membayar saman.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram