Pedas Tapi Boleh Hafaz Quran, Huffaz Samyang Dipuji
Bukan senang nak menghafal surah-surah di dalam Al-Quran, apatah lagi nak mengingati setiap ayat lebih-lebih jika melakukan hafalan ketika menikmati makanan pedas.
Namun berbeza buat dua remaja ini yang mampu melakukannya dengan mudah sekali.
BACA: Hafal 30 Juzuk Quran, Makan Free Selamanya
Video rakaman remaja ini tular di media sosial apabila seorang ustaz melakukan cabaran ‘huffaz samyang’ terhadap dua anak didiknya.
Video tersebut menunjukkan dua remaja menyambung bacaan surah Al-Baqarah sambil makan pizza samyang yang pedas.
"Nak samyang sangat, kan? Amikkau!" Haha.
Mudir tebuk hafalan tahfiz sesambil tengah kepedasan. Cool!
Please lah. Video ni lebih layak viral dari video merapu yang lain. Pheuw. pic.twitter.com/24uqYUSG28
— AIMI SUHAIMI (@aimi_suhaimi) March 21, 2018
Difahamkan, dua remaja tersebut iaitu Abdul Hannan dan Muhammad Hazman menyertai program hafal Al-Quran tiga bulan di Pusat Tahfiz Intergrasi An-Nur.
Rata-rata netizen kagum dan memuji kehebatan dua remaja itu yang mampu menyambung surah tersebut dengan baik sekali walaupun dalam keadaan menahan pedas.
Kata ustaz yang merakam video tersebut, ini adalah salah satu cara mereka untuk menghayati dan bukan semata-mata menghafaz sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN:
Luar Rock Habis, Ilmu Agama Tip Top
7 Gambar Mekah, Madinah Yang Cukup Tenang Untuk Tatapan Anda
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pedas Level Mati | Bandung Part 01
- SUMBER
- CariForum