Pekerja Secret Recipe Kongsikan 10 Kek Yang Anda Wajib Cuba!
Dalam banyak-banyak kek yang dijual, sudah tentu Secret Recipe antara yang menjadi pilihan ramai dengan bermacam pilihan kek yang mereka ada. Malah, ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan kek mereka setiap kali promosi.
Tapi setiap kali ke Secret Recipe, pasti ada dikalangan anda yang tidak tahu kek perisa apakah yang patut dicuba. Last-last beli kek yang sama iaitu Chocolate Indugence, kek mereka yang paling popular.
BACA: Giliran Secret Recipe Pula Perkenal Siri Minuman Boba
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Izzah Atirah yang juga merupakan seorang pekerja Secret Recipe kongsikan kek yang wajib anda cuba selain Chocolate Indugence.
1. Chocolate Odyssey
Bagi mereka yang sukakan Ferrero Rocher patut cuba kek ini kerana ia mempunyai rasa kacang hazelnut.
2. The Red Velvet
Kek ini merupakan kek sponge dengan lapisan cream cheese and apricot bits. Apa yang pasti kek ini tidak membuatkan anda muak apabila memakannya.
3. Hokkaido Triple Cheese
Kek ini buat mereka yang menggemari keju kerana kek ini mempunyai tiga lapisan keju yang berlainan.
4. New York Cheese Cake
Kek ini mempunyai satu rasa yang klasik dan sangat sesuai buat mereka yang tak sukakan manis kerana kek ini tidak terlalu manis dan sangat sesuai untuk semua acara.
5. Absolute Durian & Durian Fromage
Siapa yang sukakan durian boleh cuba kedua-dua kek ini yang sememanya sangat sedap dengan rasa durian yang sangat terbaik. Apa yang membezakan kedua kek ini ialah Absolute Durian merupakan kek sponge dan Durian Fromage adalah kek cheese.
6. Marble Cheesecake
Kek ini merupakan kek premium. Kek ini adalah yang paling kecil namun apa yang membuatkan ianya istimewa adalah lapisan bawah kek tersebut merupakan oak nut.
7. Chocolate Brulee
Kek ini sememangnya sangat sedap, lapisan bawahnya adalah mud cake, ditengahnya choc mousse dan bahagian atas diletakkan brulee. Siapa yang sukakan coklat wajib cuba kek ini.
8. Butterfly Pea Lemon Cheese
Ini merupakan kek terbaru Secret Recipe. Menariknya kek ini diperbuat menggunakan cream cheese Australia dan mempunyai rasa masam sedikit daripada lemon zest. Paling best, bunga yang digunakan untuk membuat nasi kerabu adalah bahan rahsia untuk kek ini.
9. Wild Blueberry Cheese
Nampaknya ada lagi kek buat mereka yang gemarkan kek cheese namun apa yang berbeza untuk kek ini adalah rasa blueberry jam di atas kek tersebut.
10. HI Fibre Cheesecake
Siapa yang sukakan kacang, kek ini adalah pilihan yang tepat. Menariknya, kek ini memang dipenuhi dengan kacang dan makan sedikit sahaja sudah membuatkan anda rassa kenyang.
Siapa yang masih tercari-cari lagi kek apa yang anda patut cuba di Secret Recipe boleh la cuba 10 kek yang disenaraikan ini. Mudah je kan, tak perlu tercegat lama-lama dekat kaunter tu nanti!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram