Sebut saja kedai serbaneka FamilyMart dari Jepun ini, pasti ramai tahu bahawa kedai ini sangat popular dengan makanannnya yang pelbagai. Paling menjadi kegemaran ramai ialah Oden mereka yang sangat sedap.

Tetapi bukan itu saja, aiskrim mereka juga sentiasa mendapat permintaan ramai dan ada yang sanggup ke kedai tersebut untuk membeli aiskrim semata-mata.

BACA: FamilyMart Perkenal Sup Oden Terbaru ‘Spicy Korean Soup’

Selepas aiskrim Mediterranean Sea Salt Sofuto, nampaknya FamilyMart memperkenalkan aiskrim perisa terbaru iaitu ‘Belgian Dark Chocolate’ edisi terhad.

Harga yang ditawarkan hanya RM3.90 dan aiskrim ini boleh didapati cawangan FamilyMart seluruh Malaysia kecuali di cawangan MRT TTDI.

Tunggu apa lagi, boleh la ajak kawan-kawan anda yang hantu coklat untuk nikmati aiskrim ‘Belgian Dark Chocolate’ di FamilyMart berdekatan anda.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?