Pasti semua tahu bahawa Malaysia bakal melaksanakan perkhidmatan Gojek-Degoride selepas kabinet sebulat suara meluluskan perkhidmatan teksi motosikal itu.

Pastir ramai yang tak sabar nak cuba perkhidmatan tersebut. Berita baik untuk semua, syarikat e-hailing tempatan, Dego Ride menawarkan perkhidmatan percuma bermula semalam 29 Ogos 2019.

BACA: Syed Saddiq Cadang Mahu Perkenal Perkhidmatan ‘Gojek’ Di Malaysia

Untuk menggunakan perkhidmatan Dego Ride, anda perlu muat turun aplikasi mereka di telefon pintar anda

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan sehingga bilakah tawaran tersebut akan berlangsung namun ia ditawarkan untuk jangka masa terhad.

Namun perlu diingatkan, pengguna boleh menggunakan Dego Ride secara percuma untuk sekali dalam sehari.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini servis DegoRide pernah diperkenalkan di Malaysia namun kemudian diharamkan oleh kerajaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas