Pelahap Tapi Berjaya Turun 24 Kg Dalam Masa 4 Bulan
Nak kurus bukannya mudah, lebih-lebih lagi apabila perlu pastikan berat badan sentiasa maintain. Salah satu punca yang buatkan susah nak kurus adalah untuk mengawal pemakanan seharian.
Ramai yang amalkan diet ketat sampai tak makan semata-mata untuk kurus. Tapi, tak bermakna anda perlu lakukan diet ekstrem dapatkan bentuk badan idaman.
BACA: Afiq Kongsi Tips Berkesan Turun Berat Badan
Apa kata korang cuba ikut tips lelaki ini. Percaya tak, dia berjaya turunkan sebanyak 24 kg dengan hanya mengamalkan diet ini. Menerusi perkongsiannya di Twitter, dia mula gemuk selepas SPM. Kemudian kurus dan gemuk semula sampai dah kahwin.
24 kg turun dalam masa 4 bulan
Menurut Ihsan, penurunan berat badan kali ini merupakan rekod paling banyak. Dia berterima kasih kepada isterinya yang sangat memahami dan menemaninya untuk ke gim.
Tips 1, jangan skip karbohidrat kalau nak berat maintain
Tips 2, tiada suplemen, pastikan kira kalori makanan
Makan nasi hari-hari, sehari makan 4-5 kali
Kata Ihsan lagi, walaupun dia mengambil nasi setiap hari, dia akan pastikan jumlah kalori yang diambil adalah jumlah kalori yang sememangnya dia perlukan.
10 tahun tak kisah makan macam ni
Menurut Ihsan lagi, dia tidak menetapkan hari tertentu untuk cheat day. Tapi dia akan pastikan cheat day tersebut setimpal dengan diet yang dilakukan sebelum ini.
Wajib cardio setiap minggu
Tambah Ihsan lagi, bukan mudah untuk kurus kerana memerlukan semangat yang kuat. Namun baginya, azam untuk kurus adalah untuk kesihatan dan juga kepuasan selepas melihat hasilnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas
- SUMBER
- Oh Bulan