Sekarang ni banyak kita dengar cerita ramai yang sanggup melepaskan kerja tetap untuk mengusahakan perniagaan sendiri. Kisah seorang wanita ini boleh dijadikan contoh buat mereka yang mahu menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Siapa sangka, keputusannya untuk melepaskan jawatannya sebagai penyelia di sebuah kilang untuk membantu suaminya, Azhar Kasim mengusahakan peniagaan membuat serbuk dadih ternyata berbaloi apabila berjaya meraih pendapatan bulanan antara RM30,000 hingga RM30,000.

BACA: Jana RM18,000 Sebulan Hanya Jual Keropok

Menurut Haliza Yahaya, keputusan untuk berhenti kerja dibuat selepas tidak mampu lagi untuk memberi komitmen sepenuhnya kerana kerap mengambil cuti untuk menyiapkan tempahan dadih yang mendapat permintaan tinggi.

Katanya lagi, dia tidak menyesal dengan keputusannya untuk berhenti kerja, tetapi lebih kesal kerana lewat meninggalkan kerjaya lamanya apabila mendapati dengan menjual dadih mampu memberikan pendapatan lebih lumayan dengan modal permulaan sebanyak RM50,000.

Kini serbuk dadih dan dadih yang diusahakan oleh Azliz Enterprise dengan jenama Art Dadih kini sudah dikenali di seluruh negara dan juga telah memasuki pasaran luar seperti Singapura.

Menurut Haliza, serbuk dadih yang dihasilkan syarikatnya mempunyai keunikan tersendiri kerana tidak perlu menambah susu dan gula. Hanya perlu masukkan air dan masak sehingga mendidih.

Memang tidak dapat dinafikan, 9 daripada 10 rezeki itu datangnya daripada peniagaan. Diharap kisah ini dapat membuka mata mereka di luar sana dan menjadi inspirasi buat mereka yang ingin bergelar usahawan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?