Setiap kali Aidilfitri, sudah menjadi kebiasaan untuk kita saling kunjung-mengunjungi saudara mara, rakan-rakan dan juga kenalan. Kalau boleh setiap kali nak datang berkunjung tu, seelok-eloknya lebih baik beritahu tuan rumah dahulu.

Kalau tiba-tiba tak jadi nak datang, mana tahu ada perkara penting perlu diselesaikan, janhan lupa untuk beritahu tuan rumah mana tahu tuan rumah dah berhempas pulas sediakan makanan.

BACA: 5 Tips Elak Ditipu Ketika Membeli Lemang

Harap tidak terjadi seperti mana yang berlaku kepada cikgu ini. Menurut anak cikgu tersebut di Twitter, ibunya telah memasak 15 pot beras, seperiuk kari ayam, kentang goreng masak sambal, sayur campur dan beberapa lauk lain kerana ingin menyambut anak muridnya yang mahu datang beraya.

Pada awalnya, anak murid ibunya memberitahu akan datang beraya pada waktu tengah hari. Namun hingga ke petang tiada seorang pun anak muridnya yang muncul.

Tweet itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan dengan ibunya dan ada juga menyatakan hasrat untuk datang beraya.

Apa pun, jika dah berjanji untuk datang, cubalah untuk penuhi janji tersebut. Tak pasal-pasal dah kecewakan harapan orang lain.  Buat cikgu sedih pun berdosa tau.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lemang Periuk Kera Dapat Sambutan Hangat
5 Perkara Anda Perlu Tahu Pasal Lemang Sushi

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Pasta Makan Puas Hati Kat Cheras?