Sebuah universiti di Belanda menawarkan kaedah terapi luar biasa iaitu meditasi kubur bagi mengurangkan tekanan pelajar menghadapi peperiksaan. Meskipun terapi itu pelik, ternyata ia cukup popular sehinggakan ramai pelajar mahu mencubanya.

Malah, pelajar terpaksa diletakkan dalam senarai menunggu untuk mendapatkan giliran baring dalam kubur berkenaan berikutan ramai yang ingin mencuba.

BACA: Pengantin Posing Di Tanah Perkuburan Cetus Kemarahan Netizen

Kaedah terapi ini tular di media sosial selepas seorang pelajar Universiti Radboud di bandar Nijmegen mendedahkan pendekatan unik mereka untuk menguruskan tekanan pelajar.

Menurut salah seorang pelajar di universiti terbabit, dia dan rakan serumahnya merancang mahu mencubanya sebaik sahaja mengetahui tentang kaedah terapi tersebut.

Terapi kubur yang dikenali sebagai ‘Momento Mori’ dalam bahasa Latin yang bermaksud ‘ingat kematian anda’.

Kubur yang digali itu turut dilengkapi tikar dan selimut bagi memastikan pelajar selesa. Mereka boleh memilih untuk berada dalam kubur selama 3 jam atau sekurang-kurangnya 30 minit.

Pengasas projek, John Hacking berkata, kaedah kubur berkenaan bertujuan untuk menyedarkan pelajar agar menghargai nyawa dan kehidupan mereka ketika masih ada di dunia ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lagu Jepun Nyanyian Nenek Comel Tarik Perhatian
Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gula Kapas Terapung, Pizza Rendang Laku Keras Di Kafe Ini