Umum mengetahui beberapa buah sekolah di seluruh negara ditutup sehingga Jumaat ini susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sangat membimbangkan.

Lebih parah, dua orang termasuk bayi berusia empat bulan dilaporkan maut di Indonesia akibat jerebu.

BACA: Puluhan Burung Mati Jatuh Ke Tanah Akibat Jerebu

Dikala ramai yang bertelagah mengenai punca jerebu di negara kita, pelajar Indonesia di UTM mengedarkan topeng muka secara percuma sebagai tanda mohon maaf di atas apa yang berlaku.

Video yang dikongsikan di laman Twitter itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan pelajar-pelajar terbabit.

Meskipun topeng muka yang diedarkan tidak sesuai digunakan dalam keadaan jerebu namun tindakan mereka seharusnya dipuji. Malah ada yang mengatakan pelajar bukannya mempunyai banyak duit lebih-lebih lagi untuk membeli topeng muka n95.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa sedih kerana mereka perlu memohon maaf sedangkan punca kebakaran berlaku disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu.

 

Jangan lupa untuk ikuti kami diĀ FacebookĀ danĀ Instagram

Nasi Goreng Cili Padi