Pasti umum mengatahui mengenai keadaan jerebu yang semakin buruk di Selatan Sumatera, Indonesia. Susulan jerebu teruk itu, dua orang termasuk bayi berusia empat bulan dilaporkan maut.

Jerebu teruk itu juga bukan saja beri kesan buruk pada manusia malah haiwan juga kehilangan tempat tinggal mereka. Namun apa yang lebih menyedihkan ia turut membunuh burung-burung kerana udara yang sangat teruk.

BACA: Dua Orang Termasuk Bayi Empat Bulan Maut Akibat Jerebu

Tular di media sosial seorang netizen berkongsikan video memaparkan puluhan burung terkulai jatuh ke tanah akibat terhidu udara tidak sihat itu.

Menurut netizen tersebut, video itu dikirim oleh sahabatnya. Berdasarkan bahasa percakapan individu di dalam video tersebut insiden berkenaan dipercayai berlaku di Indonesia memandangkan kualiti udara di sana sangat membimbangkan.

Difahamkan, indeks pencemaran di Palangka Raya, ibu kota wilayah Kalimantan Tengah, berada pada paras 500 atau dikategorikan ‘merbahaya’.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Goreng Cili Padi