Ramai ibu bapa yang tidak ambil peduli mengenai berat badan anak-anak mereka kerana menganggap anak mereka masih kecil dan mempunyai masa mengawal berat badan sendiri apabila besar nanti.

Satu kajian mendapati ramai pelajar di negara ini memiliki berat badan yang berlebihan dan tak mustahil jika bilangan itu semakin bertambah setiap tahun.

BACA: Kajian: Hampir Suku Populasi Dunia Mengalami Obesiti

Gambar sekadar hiasan

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, melaporkan bahawa seramai 58,294 (13.8 peratus) pelajar mempunyai berat badan berlebihan mana seramai 268,314 (63.4 peratus) pelajar tahun enam mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) normal.

Menurut Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017 yang dilaporkan oleh Dr. Amin semalam, ia jelas menunjukkan bilangan pelajar mempunyai berat berlebihan adalah ramai walaupun baru sahaja berusia 12 tahun.

Gambar sekadar hiasan

Di samping itu, ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) menunjukkan seramai 398,987 atau 92.2 peratus pelajar melepasi tahap kecergasan fizikal memuaskan iaitu 189,929 (43.9 peratus) pelajar berada pada tahap Cergas, 168,101 (38.8 peratus) Kecergasan Tinggi dan 40,957 (9.5 peratus) Kecergasan Sangat Tinggi.

“Sementara itu, 27,031 (6.2 peratus) murid berada pada tahap Kurang Cergas dan 3,644 (0.8 peratus) Tidak Cergas,” tambahnya.

Gambar sekadar hiasan

Walaupun bilangannya boleh dikatakan masih terkawal, ibu bapa juga harus memainkan peranan bagi mengelakkan anak mereka daripada terkena penyakit obesiti bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

ARTIKEL BERKAITAN:
Umur Baru 10 Bulan, Berat Cecah 28KG
5 Punca Badan Makin Gemuk Ketika Bulan Ramadan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kasut Paling Mahal?