Pelajar SPM 2019 Lancar Petisyen Turunkan Markah A+ Subjek Sejarah
Semalam berakhirnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2019. Umum mengetahui sebelum ini pelajar-pelajar SPM melancarkan petisyen untuk menurunkan markah lulus bagi subjek Matematik Tambahan kepada markah 5%.
Nampaknya, satu lagi petisyen dilancarkan oleh pelajar SPM 2019 untuk subjek Sejarah pula, dimana mereka meminta diturunkan kepada markah 50% untuk A+.
BACA: Pelajar Buat Petisyen Mohon Tun M Benarkan Lelaki Berambut Panjang Ke Sekolah
Setakat hari ini, petisyen tersebut mendapat sokongan sebanyak 14,100. Rata-rata pelajar memberikan komen soalan Sejarah yang diberikan terlalu sukar sehingga ada yang tidak boleh menjawabnya.
Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan petisyen tersebut. Kata netizen, tidak pernah lagi terjadi sebelum ini para pelajar meminta untuk menurunkan gred dan tindakan tersebut disifatkan sangat melampau.
Melampau sangat ni kalau 50 markah untuk A+.Tolonglah,jangan terlalu "downgrade" standard. Kalau addmath tu okey lagi lah,tapi kalau sejarah ni hmm,agak keterlaluan lah.
p/s:- Usaha tanpa tawakkal itu sombong,tawakkal tanpa usaha itu angan angan kosong. pic.twitter.com/4uEyj361qB— 1+X = 18 (@thisissunge) November 24, 2019
Sepanjang aku hidup, aku tak pernah mintk gred turun. Mind set aku "nak dpt A kne 70%" even cikgu ckp "nnti SPM gred turun". Tpi aku xcaye.
— Tăngo (@hanglipur01) November 25, 2019
astagaaa sejarah tak susah serious tawakal dah lah kalau 70 A+ boleh terima lagi malu aku jadi batch 02 ish
— deeeeee ✨ (@deeliooooo) November 26, 2019
Kata netizen lagi, markah 50 untuk A+ sangat berlebih-lebihan. Malah, kata netizen pelajar zaman sekarang terlalu manja, malas, serta tidak mahu berusaha dan hanya tahu berangan sahaja.
Apa pendapat anda tentang isu ini? Rasanya zaman kita dulu lagi susah, internet pun belum tentu ada dan hanya baca apa yang ada dalam buku sahaja. Jika nak dibandingkan dengan zaman sekarang, semua benda boleh Google je.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram