“Pelaku Ini Macam Orang Gila” – Kes Dua Surau Dicampak Daging Babi
Surau merupakan rumah ibadat untuk orang Islam dan haruslah menjaga kesuciannya kerana umat Islam akan menunaikan solat dan melakukan aktiviti keagamaan di situ.
Namun, terdapat satu kejadian tak diingini berlaku apabila beberapa ketulan daging dipercayai daging babi dicampak dalam perkarangan dua surau di Serkam, Jasin, Melaka bersama beberapa keping nota dan kad manila pagi Selasa.
BACA: Dituduh Makan Daging Babi, Wanita Ini Tegakkan Kebenaran
Memetik laporan Berita Harian, insiden pertama di Surau Kampung Bukit Serkam, disedari oleh penduduk sekitar 5 pagi ketika sedang bersiap mengerjakan solat Subuh.
Kes kedua pula dilaporkan berlaku di Surau An Nur, Ladang Serkam dan disedari pekerja pembersihan pukul 8 pagi.
Bagaimanapun, Ketua Polis Melaka Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah berkata daging terbabit dipercayai ketulan daging babi akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.
“Terdapat juga dua kad manila yang digulung dengan perkataan yang kita tak boleh dedahkan. Saya tak nak komen lanjut tapi pelaku ini macam orang gila. Kita belum dapatkan keterangan lanjut,” katanya.
Kes disiasat bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan anggota polis diarah menjaga keselamatan rumah ibadat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Lubuk Orang Pantai Timur Pekena Air Asam Perut
- SUMBER
- BH Online