Pelancong Di Bali Risau Termakan Sate Anjing
Bali merupakan tempat pelancongan popular dalam kalangan pelancong. Ia terkenal dengan pelbagai tempat menarik serta mempunyai pantai yang cantik.
Para pelancong yang datang ke sana juga gemar untuk mencuba makanan dan minuman tempatan yang ada di sana. Baru-baru ini terdapat pendedahan mengenai dakwaan peniaga di sana menjual sate daging anjing kepada pelanggannya.
BACA: Ini Sebab Kuih Bentuk ‘Najis Anjing’ Laku Di Thailand
Sebuah video dimuat naik di Youtube oleh Animals Australia menunjukkan beberapa ekor anjing ditangkap sebelum dijadikan sate untuk dijual kepada pelancong-pelancong asing.
Sebelum ini, seorang lelaki yang agak mencurigakan mempromosi sate yang dijualnya kepada pelancong yang ada berdekatan dengannya. Menurut aktivis haiwan, kebanyakan pelancong yang bercuti di Bali berkemungkinan sudah termakan sate daging anjing setelah tertipu dengan helah penjual sate.
Sebuah rakaman video yang menunjukkan anjing ditangkap sebelum dijadikan sate itu dinafikan oleh Gabenor Bali, Made Mangku Pastika.
Dia menyifatkan media dan berita yang tersebar itu salah dan tidak betul setelah dia pergi membuat siasatan mengenai isu tersebut.
Namun, kumpulan hak asasi haiwan tidak mempercayai gabenor itu malah yakin perbuatan membunuh anjing untuk dijadikan sate itu berlaku di sana tetapi disembunyikan oleh pihak atasan.
Justeru itu, kumpulan tersebut akan berjumpa dengan pihak kerajaan Bali untuk mendesak mereka supaya menghentikan perbuatan itu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia
- SUMBER
- THE MALAY MAIL