Minuman bubble tea sememangnya menjadi kegilaan ramai, lebih mengejutkan sehingga mencetuskan fenomena di Malaysia. Cuba anda lihat, dimana-mana ada sahaja jenama bubble tea muncul.

Malah, ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan minuman kegemaran mereka itu.

BACA: Minum Bubble Tea Guna Payudara Jadi Trend Di Jepun

Namun disebalik ketaksuban itu, tahukah anda bahawa mereka yang obses dengan minuman manis itu ada kaitan dengan tahap keyakinan diri mereka?

Perkara itu didedahkan oleh wakil pengarah daripada syarikat perundingan di Jepun, Moeko Ohno.

Memetik laporan portal Mothership.sg, menurut Moeko individu yang membeli bubble tea serta minuman manis mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat rendah berbanding mereka yang tidak.

“Ini kerana mereka yang perlu mengambil kira pandangan rakan sebaya untuk tidak kelihatan seperti ketinggalan. Pandangan rakan sebaya amat penting bagi mereka.

“Dalam bahasa ringkasnya, jika semua orang mahukan bubble tea, mereka juga perlu membeli minuman itu,” katanya.

Agak-agak peminat bubble tea setuju tak dengan pendapat pakar ini? Ke ada yang terus tak nak beli dah lepas ni?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥