Apa yang istimewa tentang Malaysia adalah rakyat di negara ini hidup harmoni dengan kepelbagaian kaum, budaya, adat dan juga agama. Tidak kira apa bangsa sekalipun, kita semua adalah rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pemuda Cina yag juga merupakan Responder Komuniti meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila dihalang untuk membantu mangsa kemalangan kerana perbezaan kaum.

BACA: Gadis Cina Suka Berhijab Jadi Perhatian, Akui Tenang Bila Tutup Rambut

Saya Ooi Shou Wayne. Responder Komuniti yang memberi bantuan kepada warga komuniti di sekitar Alor Setar. Semalam saya…

โพสต์โดย WayneOoi93 เมื่อ วันอังคารที่ 12 พฤศจิกายน 2019

Menerusi Facebook, pemuda tersebut memberitahu dia mahu membantu seorang mangsa kemalangan yang cedera teruk di sekitar Alor Setar, namun dua orang awam tidak membenarkannya untuk menghampiri mangsa.

Lebih mengejutkan, dua orang awam berkenaan turut mengugut mahu membelasahnya jika tidak beredar daripada tempat kejadian.

“Woi you budak Cina kah? Kamu datang sini buat apa? Sini tak perlu tolong, kamu baliklah! Saya mahu yang Melayu sahaja yang bantu. Saya sudah call ambulans.

“Kita tunggu pihak ambulans. Tak payah tujuk hebat dekat sini. You orang Cina niat semua tak baik. Tak nak balik, nanti saya belasah you baru tau,” kata dua pemuda yang menghalangnya.

Menurut pemuda itu lagi, dia kecewa apabila ada pihak berprasangka buruk terhadapnya dan niat baiknya disalah ertikan.

Dalam pada itu, pemuda itu turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian yang menasihati individu tersebut.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap murni pemuda itu yang bersabar walaupun diperlakukan sedemikian. Malah, netizen turut memberikan kata semangat untuk meneruskan niat murninya walau apa pun berlaku.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?