Pencuci Mulut Dalam Kasut, PM Jepun Rasa Terhina
Ramai yang menyangka Jepun antara negara yang selalu menghasilkan makanan pelik dan unik. Tapi sebenarnya ada negara lain yang menghidangkan makanan dengan cara yang lebih pelik dan tak masuk akal.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mendakwa hidangan pencuci mulut yang dihidangkan dalam kasut ketika makan bersama rakan sejawatannya di Israel, Benjamin Netanyahu adalah perbuatan yang tidak patut.
BACA: Daki Gunung Sambil Pakai Kasut Tumit Tinggi?
Seorang diplomat Jepun mendedahkan, pemimpin itu bersama isterinya rasa tersinggung dengan tindakan menghidangkan kasut di atas meja makan kerana ianya seolah-olah tidak menghormati mereka pada hari terakhir lawatan mereka di wilayah Palestin.
“Tidak ada budaya di dunia yang meletakkan kasut di atas meja. Apa yang difikirkan chef itu? Jika ia satu bentuk gurauan, kami tidak rasa ia satu perkara yang kelakar. Kami berasa tersinggung bagi pihak perdana menteri kami,” katanya.
Kementerian Luar Israel memaklumkan mereka tidak terlibat dengan ‘idea’ hidangan itu, namun menghargai kreativiti chef Segev Moshe.
Segev sememangnya terkenal dengan menyediakan hidangan dengan cara luar biasa dan pelik. Segev turut mempertahankan dirinya dengan memberi alasan hidangan itu bukanlah dihidangkan dalam kasut sebenar.
Dalam pada itu, Kementerian Luar Israel hanya mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka sangat menghormati perdana menteri Jepun, namun tidak dikemukakan sebarang permohonan maaf.
Tapi rasanya kalau pergi negara orang kita memang tak boleh pertikai makanan yang dihidangkan. Macam tak hormat tuan rumah pula rasanya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pintu Suka Hati Memang Wujud?
- SUMBER
- Sinar Harian