Pengantin Posing Di Tanah Perkuburan Cetus Kemarahan Netizen
Sejak semalam tular di media sosial gambar-gambar pengantin beraksi di tanah perkuburan bukan Islam sehingga mencetuskan kemarahan netizen. Difahamkan ianya merupakan sesi fotografi oleh sebuah butik pengantin.
Mungkin mahu tampil kelainan bagaimanapun idea luar kotak butik pengantin itu dikecam teruk malah ada yang menyifatkan perbuatan tersebut tidak menghormati sensitiviti agama lain.
BACA: Majlis Kahwin Konsep Hi-Tea, Wanita Dedah Belanja Tak Sampai RM3,000
kami yang christian ni pun xpernah langsung nak buat photoshoot macam ni dekat kawasan perkuburan.Sangat xhormat. Sakit hati.Demi mau viral, begini la dia, ingat benda tu boleh main2 ka. I hope u sleep well la cuci baik2 tu baju a😁takut nanti ada yg duduk tepi kau juga malam2
— justcallmechrissy🧚♂️ (@chrissytwittwit) November 5, 2019
Tidak kurang juga ramai yang meluahkan rasa kecewa di atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Kata netizen lagi, bagaimana jika mereka yang bukan Muslim mengambil gambar kahwin di kubur orang Islam, pasti akan rasa marah juga.
Pls jangan rt, like shoot dekat kubur tu. Fikir la kalau non-Muslim photoshoot gambar kawen kat kubur org Islam. Mau tak marah. Jgn la sensitiviti agama semua. Biadab sangat namanya.
— Amirbai (@amirgrievous) November 5, 2019
Mengakui kesilapannya, pemilik butik pengantin tersebut telah pun membuat permohonan maaf menerusi laporan Harian Metro.
Menurutnya, gambar itu diambil untuk koleksi peribadi dan kemudiannya dimuat naik di akaun FB miliknya bukan untuk mencari publisiti. Jelasnya lagi, dia tiada niat langsung untuk mempermainkan mana-mana agama.
Dalam pada itu, pemilik butik berkenaan berkata dia menerima kritikan warganet dengan hati yang terbuka dan sudah pun memadam foto-foto berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Lagu Jepun Nyanyian Nenek Comel Tarik Perhatian
Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram