Pengasuh Mengaku Goncang Aariz, Tertekan Sakit Datang Bulan
Semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita menyedihkan dimana seorang bayi lelaki berusia 9 bulan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sibu, dipercayai didera oleh pengasuhnya.
Aariz Harraz Zahin Azman menghembuskan nafas terakhir, 11.55 pagi di pangkuan ibunya, Hajijah Tahir selepas mesin bantuan hayatnya ditutup pada 11:30 pagi.
BACA: Lewat Bayar Upah, Bayi 14 Bulan Didera Pengasuh Hingga Sawan
Bayi itu menerima rawatan sejak Isnin lalu dan disahkan ‘mati otak’ pada 9.10 pagi Sabtu oleh pasukan perubatan yang merawatnya.
Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa berada dalam keadaan lemah ketika diambil dari rumah suspek di Taman Permai Jaya, Sibu, sebelum dikejarkan ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.
Berdasarkan pemeriksaan pakar kanak-kanak, mangsa disahkan mengalami pendarahan pada otak dan kedua-dua matanya selain mengalami retak di bahagian kiri kepala akibat hentakan kuat.
Susulan laporan yang dibuat oleh bapa mangsa, suspek ditahan oleh pihak polis. Siasatan polis mendapati, suspek mengaku menggoncang bayi berkenaan kerana tidak berhenti menangis dan mendakwa tertekan kerana mengalami kesakitan akibat datang bulan.
Dalam pada itu, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai lesen untuk menjalankan pusat asuhan dan hanya membantu menjaga kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapanya pada waktu bekerja.
Terbaru, pihak polis mengklasifikasikan semula kes dera tersebut sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- Harian Metro