Pengulas Sukan ‘Sujud Sahwi’ Mohon Maaf
Boleh dikatakan acara perlumbaan Motosikal Grand Prix (GP) Malaysia kali ini, antara yang paling menjadi perhatian ramai sehingga menjadi topik bualan hangat di media sosial.
Semuanya bermula apabila pengulas sukan yang tersilap menyebut ‘sujud sahwi’ sewaktu pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah melakukan sujud syukur sebaik saja tamat perlumbaan.
BACA: Pengulas Sukan Astro Arena Buat Lucu
Bagaimanapun, Pengulas Radio Televisyen Malaysia (RTM), Rasdi Jumaat mengakui sedar di atas kesilapannya itu dan membuat permohonan maaf. Ujarnya lagi, sewaktu mengulas, pengulas perlu peka dengan banyak perkara, tambahan pula ulasan sukan memerlukan kelajuan.
“Ia berlaku secara spontan, masa mengulas tu pengulas kena peka dengan banyak benda. Arahan penerbit, ulasan Inggeris, suara rakan sebelah lagi. Tambahan pula mengulas sukan melibatkan kelajuan. Saya akui ‘slip tongue’ pada hari itu dan saya mohon maaf.
“Kadang-kadang orang tak tahu persekitaran sewaktu kita mengulas, bekerja dalam tempoh lama. Nak cakap benda lain tapi terkeluar ayat lain,” katanya kepada mStar Online.
Pertamanya ucapan tahniah kepada Hafiz syahrib kerana menang dan bersyukur .
Keduanya , bukan sujud Sahwi bang pengulas oiii . Sujud Syukur . Sujud sahwi ni terlepas qunut . Hahahah
Sawi pula sejenis sayur . Alaaaa hahaha pic.twitter.com/uiGbw2b818
— PU Rahmat Ikhsan (@pu_rahmat) November 4, 2018
Mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai pengulas, Radsi memberitahu dia sudah menjangkakan video ulasannya itu akan tular.
“Memang saya dah jangka, apa agaknya reaksi peminat sukan. Bila berlaku satu kesilapan, memang meletup. Tapi Alhamdulillah juga sebab ramai yang menonton dan peka dengan perkara itu. Saya tak ambil hati,” katanya lagi.
Apa pun, rata-rata netizen menyifatkan kesilapan itu sebagai sesuatu yang menghiburkan dan bukanlah kesilapan besar.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- mStar