Ramai golongan muda berani untuk menceburi bidang perniagaan melalui dalam talian kerana ia lebih mudah dan cepat. Namun, isu tidak meletakkan jumlah harga di ruangan caption seringkali mendatangkan masalah untuk pembeli mengetahui harga sesuatu barang.

BACA: Bawa Kereta Mewah, Peniaga Caj Mahal

Sumber dari thereporter.my

Kini, peniaga dalam talian harus mematuhi undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK) berkata, peniaga dalam talian di laman sosial yang didapati tidak mematuhi undang-undang seperti tidak memaparkan harga barangan atau perkhidmatan serta meminta pelanggan menghubungi mereka secara peribadi atau ‘PM tepi’ akan diburu oleh pihaknya.

Sumber dari thereporter.my

Justeru itu, Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin akan turut memantau peniaga dalam talian sama seperti peniaga tradisional.

“Individu yang menjalankan perniagaan dalam talian tanpa mematuhi lapan keperluan sebagaimana digariskan kementerian berdepan dengan denda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tak lebih dari tiga tahun atau keduanya sekali,” ujarnya.

Sehubungan itu, peniaga dalam talian harus mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu:
– Harga penuh bagi produk atau perkhidmatan yang disediakan, termasuk cukai serta kos pengangkutan atau kos lain
– Nama individu yang mengendalikan operasi perniagaan atau nama syarikat atau perniagaan
– Alamat emel, nombor telefon atau alamat pihak yang menjalankan perniagaan
– Perincian mengenai produk atau khidmat yang disediakan
– Cara pembayaran
– Syarat dan terma
– Anggaran tempoh penghantaran

“Kami kini telah bersedia untuk menguatkuasakan undang-undang selepas memberi kelonggaran bagi membolehkan peniaga dalam talian mematuhi undang-undang ini,” katanya.

“Kita mahu pengguna dilindungi dengan lebih baik. Hak mereka perlu dilindungi dan memberi ruang kepada pengguna untuk membuat pembelian yang lebih bermaklumat melalui pengetahuan terhadap perincian harga, produk dan khidmat, dengan siapa mereka berurusan dan jika terdapat sebarang caj tersembunyi.” tambahnya lagi.

“Contohnya, jika seseorang menjual kucing, dia perlu memaparkan harga jualan yang ditawarkan. Dia tidak boleh lagi menulis ‘pm jika berminat.’ Tidak lagi,” tegasnya.

“Kita telah berikan mereka (peniaga dalam talian) masa yang secukupnya untuk membiasakan diri dengan peraturan ini. Kini, mereka perlu paparkan harga atau kita akan buru mereka,” terangnya sambil menyeru orang ramai agar membuat aduan jika ada peniaga dalam talian gagal memaparkan harga jualan di talian 1-800-886-800.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VR Park di Tokyo Berhantu?