Berita baik untuk penjawat awam dan pesara kerajaan apabila anda semua akan menerima bonus seperti dinyatakan dalam Bajet 2018 sebelum ini.

Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui akaun laman sosial Twitter pada 12 jam yang lalu mengenai bonus penjawat awam.

BACA: Kerajaan Tiada Rancangan Turunkan GST

Menurutnya, penjawat awam bakal menerima RM1,000 manakala pesara kerajaan pula akan menerima bonus sebanyak RM500.

“InsyaAllah, bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018 akan dibayar pada 8 Januari,” katanya.

Gambar sekadar hiasan

Malah, dia mengumumkan dalam Bajet 2018 bahawa penjawat awam akan menerima bayaran khas sebanyak RM500 menjelang Aidilfitri nanti selepas menerima bayaran awal RM1,000.

Selain itu, pesara kerajaan juga bakal menerima baki bayaran RM250 sebelum Aidilfitri nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kelantan Guna Khidmat Doktor Potong Tangan Pencuri
Terengganu Bakal Anjurkan Kursus Kesedaran Pondan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pyan Makan Makanan Tak Halal Masa Travel?