Setiap tahun pasti ada cerita menarik mengenai majlis konvokesyen di negara kita. Mengikuti perkembangan semasa, majlis konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) baru-baru ini dimeriahkan dengan lagu-lagu popular masa kini termasuk lagu Datuk Seri Vida.

BACA: Nampak Bergurau, Tapi Ini Realiti Lulusan Universiti

Video berdurasi selama 2:38 itu menunjukkan para penonton yang terdiri daripada ibu bapa, bakal graduan terhibur dengan persembahan yang unik itu.

Sumber dari thelevel.my

Pada awal persembahan oleh kumpulan koir UniKL Voice itu, mereka membawakan lagu remix I Am Me oleh Datuk Seri Vida. Memang meriah betul!

Sumber dari dailymotion.com

Sebelum itu, kumpulan koir tersebut menyanyikan lagu popular kanak-kanak iaitu Baby Shark Dance. Comel sungguh nampak mereka menari seperti video muzik kartun popular itu.

Persembahan mereka mendapat perhatian dan pujian warga laman sosial kerana aksi santai dan sporting mereka yang dikongsi di laman sosial Facebook.

Malah, persembahan seperti ini juga dapat menghilangkan mengantuk dan kebosanan para hadirin supaya mereka lebih teruja serta terus mengikuti majlis hingga habis.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Saham Akhirat Datuk Seri Vida
Datuk Vida Bawa Anak Tahfiz Tunai Umrah 12 Oktober Ini

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Punyalah Sedap Sandwich Garsa!