Perangai Samseng, Tinggal Tahi Dalam Tempat Mandi
Kecoh gila-gila di sosial media ketika ini tentang perlakuan seorang warga negara Malaysia yang didakwa tidak dapat menahan kesabaran malah turut meninggalkan najis di tempat mandi. Lebih menyakitkan hati lagi, perlakuan sebegini terjadi ketika mereka berada di Jepun – sebuah negara yang sangat patuh pada peraturan.
BACA: Ini Rahsia Lelaki Jepun Hidup 105 Tahun
Menurut pengguna Facebook dengan nama Kamarul Ilmar Ramli, lelaki yang bertindak kasar di dalam video tersebut mendakwa sudah tertinggal penerbangan malah mereka turut diberikan penginapan percuma di Vitti Lodge yang terletak di Osaka.
Bagaimanapun tindakan lelaki berbaju biru di dalam video berkenaan menimbulkan kemarahan (rujuk video di bawah). Ketegangan yang berlaku ternyata membuatkan majoriti warga laman sosial bengang dengan tindakan lelaki berkenaan.
Adalah sangat menyakitkan hati melihat najis yang ditinggalkan di dalam bilik mandi tersebut dan sangat mengguris perasaan bila melihat ada insan lain pula yang sanggup bersihkan najis yang ditinggalkan. Untuk lihat gambar sebenar najis tersebut, klik sini. Jangan tengok jika anda baru lepas makan.
Dipendekkan cerita, hasil siasatan pantas warga laman sosial, identiti ketiga tiga individu yang turut travel bersama ini telah pun dibongkar. Hasilnya pelbagai tohmahan dilemparkan kepada lelaki yang bertindak kasar terbabit.
Namun, bagi lelaki yang dikenali sebagai Ramadhan Sinclair tersebut, perjuangan dirinya menegakkan keadilan belum berakhir apabila dia membuat laporan polis sebaik tiba di Malaysia.
Sementara itu, pihak Vitti Lodge sendiri menyatakan bahawa mereka akan terus menerima saudara Muslim sepanjang menjalankan perniagaan mereka.
Apa yang pasti, walau apa pun penjelasan yang diberikan oleh Ramadhan nanti, ternyata ia telah membuatkan hati rakyat Malaysia terluka di atas perlakuannya. Sabar itu mungkin perkara yang sukar namun dengan sabar juga mungkin mampu membantu anda membuka peluang yang lebih baik di masa hadapan.
Sebagai penutup, kami kongsikan perjalanan kami ke Osaka dan sempat jugalah singgah di Vitti Hala Cafe di Osaka ketika April (2017) lalu.