Periuk Kera Sebenarnya Mangkuk Tandas Tupai & Kelawar?
Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai juadah hari raya lemang periuk kera yang dibangkitkan oleh beberapa individu bahawa tumbuhan tersebut adalah spesis terancam.
Tetapi mungkin anda akan berfikir banyak kali untuk makan lemang periuk kera selepas anda mengetahui pendedahan terbaru ini.
BACA: Tolong Jangan Makan Atau Beli Lemang Periuk Kera Raya Nanti
Tahukah anda bahawa tumbuhan periuk kera sebenarnya merupakan mangkuk buat haiwan mamalia seperti Kelawar dan juga tupai.
Perkara itu didedahkan oleh @ZoologiMy yang menyifatkan menghidangkan lemang periuk kera di hari raya bukan pilihan yang bijak.
Disebabkan Aidilfitri bakal menjelang, we wish to state that..Lemang Periuk Kera is not a wise option to opt for during the festive season. Selain daripada they're endangered sp or functionally important in our ecosystem, we ought to let u in on a one more secret. pic.twitter.com/EvoQE2bNuw
— ZoologiMY (@ZoologiMY) May 30, 2019
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Brunei Darussalam ( UBD) mendapati tumbuhan karnivor ini bertahan kerana najis daripada kelawar.
Menerusi perkongsian tersebut, kelawar Hardwicke menjadikan tumbuhan tersebut sebagai tempat tinggalnya dan periuk kera meraih sumber nutrien pentingnya daripada najis mamalia tersebut.
Periuk kera yang dikunjungi oleh kelawar mempunyai lebih banyak nitrogen di dalam daun mereka berbanding tumbuhan kawalan.
Malah, najis kelawar boleh menyumbang sekurang-kurangnya 34 peratus daripada keperluan nutrien untuk periuk kera.
Agak-agak ada tak yang nak makan lagi lemang periuk kera untuk raya tahun ini?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Astro Awani