Tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri, ramai yang sudah mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Sehari sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup.

Jangan ambil ringan tentang perkara ini. Mental dan fizikal perlukan rehat yang cukup lebih-lebih lagi buat mereka yang bakal menghadapi perjalanan jauh bagi mengelakkan terlelap semasa memandu atau ‘microsleep’.

BACA: Doktor Kongsi Tips Elak ‘Microsleep’, 3 Saat Membunuh!

‘Microsleep’ terjadi tanpa amaran dan antara penyebab berlakunya kemalangan jalan raya kerana apabila badan keletihan, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat, walaupun mata anda terbuka dan tangan memegang stereng.

Jadi, pasti ramai diantara anda tertanya-tanya, waktu apakah yang paling sesuai untuk anda pulang memandu kenderaan?

Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Hospital Pakar Putra Melaka, Datuk Dr S Ravih, orang ramai dinasihatkan elakkan memandu waktu puncak mengantuk di antara 3 hingga 5 pagi dan di antara 2 hingga 4 petang.

Antara simptom seseorang itu mungkin bakal menjadi mangsa ‘microsleep’ ialah lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat, pandangan kosong, mata berkelip lebih kerap, menguap berlebihan dan tersentak tiba-tiba.

Dalam pada itu, ada berpendapat kononnya jika memandu kenderaan dengan laju ia akan mengurangkan rasa mengantuk akibat kesan ‘adrenaline’ sekaligus membuatkan pemandu akan lebih fokus. Tetapi, itu hanyalah mitos dan boleh mengundang bahaya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥